Thursday, July 24, 2008

Pemandu teksi, Lesen dan ...

Lama dah tak menconteng atau tulih dalam blog ni ... nasib baik hari ni ada cerita best .. (sila sediakan mesin kalkulator untuk memudahkan anda menghayati cerita ini.) cerita nya bermula begini... Pada suatu hari...
Tarikh : Beberapa minggu lepas
Tempat : Di sebuah pusat servis kereta, di pinggir ibukota.
Watak :
OL : Orang Lidi
PT : Pemandu teksi


Hari tu saya ada temujanji dengan pusat servis kereta. Masuk-masuk saje sudah ada sebuah teksi warna hjau muda sedang ditukar tayar. Saya pun duduk di sebelah seorang lelaki dalam lingkungan 40-an. kami pun berbuallah.. sampailah ke satu bab ni..

OL : Dengar kerajaan nak keluar lesen teksi individu.. abang tak mintak ke?

PT : Dah ambik borang dah pun ... tu ada dalam kete.. tapi ntah malas lak nak hantar...(belum sempat tanya abang PT dah sambung)... bayangkan lah dik.. drebar teksi kat kl ni ada dalam 30,000 orang.. diorang keluar lesen untuk 3,000 je... satu borang kena bayar RM10.00 .. adik kira lah sendiri bape diorang dah collect kalau 10,000 orang mohon.. tak ke RM100,000.00 ... bute-bute je...yang dapat 3,000 orang yang lain melopong... kerajaan jual kertas je dapat RM100,000.00.

OL : ha 'ah la bang betul gak tu.. (dalam hati - Wah detail jugok abe ni pikir).

Perbualan kami seterusnya berkisar tentang kehidupan..politik semasa..harga minyak.. pasal... minggu depan anak dia nak masuk 'U'... pengalaman-pengalaman dia sebagai pemandu teksi.. sampailah kereta dia siap.. dan dia berlalu.

Hari pun berganti hari..minggu berganti minggu...
Tengok-tengok... suratkabar hari ni "10,000 mohon lesen teksi individu dalam seminggu" ... terus saya teringat skrip di atas.... dan betul lah apa yang abang teksi tu cakap dan jangkakan ... setiap permohonan dikenakan bayaran proses RM10.00...
... dan soalannya kemana duit RM100,000.00 tu nak digunakan..? dan perlu diingat.. permohonan tersebut dibuka untuk tiga bulan sehingga 14 Oktober 2008.
....tapi mungkin juga kerajaan akan kata ini akan mengurangkan beban rakyat sebab dana kerajaan dah bertambah RM100,000.00...

... hahaha.. maka dapat la kita RM0.0037* seorang... suratkhabar hari pun patut letak tajuk " Kerajaan dapat kutip RM100,000.00 lagi hasil dalam tempoh seminggu"


* dengan anggaran rakyat Malaysia 27 juta orang